Memaparkan catatan dengan label Info Ejen Hartanah Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Ejen Hartanah Perak. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Mac 2022

Dokument Yang Perlu Disediakan Oleh Penjual Jika Ingin Menjual Rumah

 Dokument Yang Perlu Disediakan Oleh Penjual Jika Ingin Menjual Rumah


Sebagai seorang penjual rumah, kita perlu sediakan beberapa dokument terlebih dahulu supaya proses jual beli berjalan dengan lancar. Ada diantaranya wajib disediakan terlebih dahulu dan ada pula perlu disediakan pada pertengahan proses dan ada juga di hujung proses.

Diantara dokument yang perlu disediakan ialah :-

1. Salinan IC
2. Salinan Geran
3. Cukai Taksiran / Cukai Pintu
4. Cukai Tanah
5. Salinan SPA lama
6. Bil Indah Water
7. Bil TNB
8. Bil Air
9. NO Cukai Pendapatan
10. Pelan Kelulusan jika rumah dibina sendiri atau rumah telah diubahsuai yang memerlukan pelan kelulusan majlis.


Nota
Salinan geran, cukai taksiran dan cukai tanah harus diserahkan terlebih dahulu kepada ejen hartanah yang anda lantik kerana ejen hartanah perlukan document ini untuk menyemak nilai terkini harga pasaran dan jika rumah sudah ada pembeli, document ini akan diminta oleh pihak bank untuk proses pinjaman pembeli. (termasuk kelulusan Pelan Jika Ada)

Selebihnya boleh serahkan terus kepada peguam yang anda lantik;


Dokument Yang Perlu Disediakan Oleh Penjual Jika Ingin Menjual Rumah


Khamis, 26 November 2020

SENARAI RUMAH DI PERAK YANG SUSAH DIJUAL KEMBALI MENGIKUT PENGALAMAN SAYA.

  SENARAI RUMAH DI PERAK YANG SUSAH DIJUAL KEMBALI MENGIKUT PENGALAMAN SAYA.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sebelumni ramai tuan2 rumah yang call dan minta untuk saya jualkan semula unit2 yang telah dibeli..tapi malangnya..unit2 tersebut hanya sesuai apabila beli dan tinggal di situ sahaja dan tidak sesuai dijadikan pelaburan..


Kebanyakkan yang membeli adalah dari badan kerajaan seperti polis dan tentera..Setelah disiasat, mereka ini membeli dangan tujuan mendapat 'Cash Back' dari lebihan pinjaman supaya dapat wang lebih untuk kegunaan lain..


Ada yang beli tanpa melihat lokasi, terikut nasihat kawan2 dan termakan pujuk rayu dari pemaju yang menjanjikan pelaburan terbaik..


Diantaranya ialah :-


1) TOWNHOUSE

- Tronoh

- Pusing utusan

- Batu gajah

- Manjung

- Sg siput

- Bidor


2) APARTMENT

- Apartment permata lumut

- Apartment anjung lekir

- Apartment Seri Iskandar


3) FAKTOR KAWASAN TAMAN

- Tronoh wawasan

- Area tanjung tualang

- Taman kledang sg siput

- Beberapa taman di Bota

- Salah 1 kawasan taman di Sitiawan


Dan banyak lagi.... Ada diantaranya paling banyak tersenarai untuk dilelong..




NASIHAT SEBELUM BELI

1) Pastikan tengok kawasan taman terlebih dahulu


2) Kalau untuk tinggal sendiri, pastikan sesuai dengan kehendak keluarga serta jarak perjalanan ke tempat kerja serta berdekatan dengan kemudahan lain.


3) Kalau untuk pelaburan, pastikan buat kajian dan rujuk kepada yang pakar sebelum membuat keputusan.


Ini adalah dari pengalaman saya..jika ada penambahan kawasan, jenis rumah dan pendapat, boleh share di ruangan komen..


Ini belum kira unit SOHO lagi naa...haha


Gambar dibawah sekadar hiasan....




Ahad, 7 Jun 2020

FAHAMI PERBEZAAN DIANTARA MRTT DAN MLTT

FAHAMI PERBEZAAN DIANTARA MRTT DAN MLTT

“Saya ada nak beli rumah ni. Tapi nak ambil MRTT ataupun MLTT ni? “

Beza antara MRTT dan MLTT 
Dua insurance rumah yakni perlindungan aset yang patut diambil tahu.
Ramai yang tidak ada ilmu pasal ini.

Bila submit loan , Bank akan meyakinkan anda untuk mengambil MRTT kerana itu keuntungan untuk mereka.

Persoalannya nak bagi untung dekat bank ataupun dekat diri kita sendiri?
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Disini yang “summarize “ kan untuk anda semua:

📌MRTT akan membiayai lebihan hutang sahaja.

📌MLTT pula satu “mechanism transfer of risk”

Kenapa saya bilang macam tu:

Contohnya jika harga Rumah : Rm297000

Situasi : Selepas 7 tahun bayar baki pinjaman tinggal Rm 160000. Owner Rumah meninggal dunia.

Jika MRTT : Bank hanya akan membayar lebihan baki pinjaman iaitu Rm160000 .
✅Dan rumah tersebut akan dapat kepada waris.

Jika MLTT: Waris akan menerima pampasan Rm297000 . Baki pinjaman Rm 160000 dapat dilunaskan .
✅Rumah tersebut akan dapat kepada waris.
✅Dan ada lagi lebihan sebanyak Rm 137000 untuk waris!

Itulah dia Hibah!
Kelebihan MLTT ini dia include sekali dengan hibah kepada waris kita.

Dan satu lagi kelebihan MLTT , ia bukan sekadar perlindungan untuk aset anda , ia juga tempat pelaburan.

Jadi dengan Ambil MLTT:
✅Protection Rumah dapat
✅Hibah dapat
✅Saving dapat

Jadi which one yang lagi menguntungkan kita?

#CreditfromAH

P/s : info tambahan

nampak macam ada berat sebelah dalam perbandingan.. btw MRTT boleh masuk dalam loan,selepas itu hidup tenang...MLTT tak boleh.kalau ditakdirkan tak bekerja n tak mampu bayar bulan2 MLTT,automatik MLTT terbatal n rumah tu tiada insurans sekiranya meninggal dunia.dah la tak mampu bayar MLTT,ditakdirkan pula meninggal dunia.Isteri terpaksa bayar rumah tu bulan2..

#infohartanah
#CopyPaste

Saya merupakan ejen hartanah perak yang berdaftar atas nama syarikat Oriental Real Estate Sdn Bhd. Sila hubungi saya jika anda ingin menjual kediaman di sekitar Ipoh, Batu Gajah, Seri Iskandar hinggalah ke Manjung Perak atau ingin mengetahui harga pasaran harta anda. Sila hubungi 011-14687904 atau email jumanshah@gmail.com

Boleh Juga Survay2 Rumah Di Laman Web Saya

Website
http://ejenhartanahperak.blogspot.my

http://www.manjungproperties.com/

https://rumahperaktengah.blogspot.my/

https://ejenrumahipoh.blogspot.com/?m=1

Mudah
http://www.mudah.my/juman-ejen-hartanah-perak-oriental-realty

Facebook
https://www.facebook.com/EjenHartanahPerak/

https://www.facebook.com/Jumanejenhartanahperak/

#EjenHartanahPerak #EjenHartanahIpoh #PerundingHartanahPerak #PerundingHartanahIpoh #EjenRumahPerak #PerakPropertyAgent #IpohPropertyAgent


FAHAMI PERBEZAAN DIANTARA MRTT DAN MLTT

Jumaat, 5 Jun 2020

Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah 2020

PERHATIAN

Pengecualian RPGT (Cukai Keuntungan Harta Tanah) untuk individu warganegara malaysia akan dikecualikan untuk 3 buah rumah akan berkuatkuasa 1 jun 2020 hingga 31 disember 2021

Berita baik untuk pemilik-pemilik rumah untuk menjual rumah sekarang.

Ejen hartanah pun tak payah pening-pening dah nak kira cukai ni..haha

Nak jual rumah?
Nak beli rumah?



#EjenHartanahPerak #EjenHartanahIpoh #PerundingHartanahPerak #PerundingHartanahIpoh #EjenRumahPerak #PerakPropertyAgent #IpohPropertyAgent







Isnin, 1 Jun 2020

enali Saya Sebagai Ejen Hartanah Ipoh, Seri iskandar, Manjung Perak

Kenali Saya Sebagai Ejen Hartanah Ipoh, Seri iskandar, Manjung Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kenali Saya Sebagai Ejen Hartanah Ipoh, Seri iskandar, Manjung Perak

Saya merupakan ejen hartanah berdaftar (REN20427) dibawah syarikat oriental realty ipoh perak. kepakaran saya adalah dalam menguruskan soal jual beli rumah atau hartanah di sekitar Ipoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Sitiawan Dan Manjung Perak. Sila hubungi saya di talian 011-14687904 jika ingin menjual rumah mengikut harga pasaran atau mencari kediaman impian di lokasi pilihan serta mengikut kemampuan anda

Boleh Juga Survay2 Rumah Di Laman Web Saya

- Website
http://ejenhartanahperak.blogspot.my/
http://www.manjungproperties.com/
https://rumahperaktengah.blogspot.my/
https://ejenrumahipoh.blogspot.com/?m=1
- Mudah
http://www.mudah.my/juman-ejen-hartanah-perak-oriental-realty
- Facebook
https://www.facebook.com/EjenHartanahPerak/
https://www.facebook.com/Jumanejenhartanahperak/

#EjenHartanahPerak #EjenHartanahIpoh #PerundingHartanahPerak #PerundingHartanahIpoh #EjenRumahPerak #PerakPropertyAgent #IpohPropertyAgent

juman shah ejen hartanah perak
Ejen Hartanah Perak

Khamis, 27 Februari 2020

BENDA PENTING YANG ANDA PERLU TAHU DALAM GERAN SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN MEMBELI HARTANAH

BENDA PENTING YANG ANDA PERLU TAHU DALAM GERAN SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN MEMBELI HARTANAH

Lihat tempoh pajakan
(jika hartanah tersebut leasehold) kerana ianya terkesan dari segi kelulusan pinjaman apabila tempoh pajakan yang bakinya dibawah 60tahun.

Sekatan Menteri Besar Atau Rizab Melayu.
Jika anda seorang pelabur, faktor sekatan ini akan memberi kesan apabila anda ingin menjual semula rumah tersebut kerana kemungkinan besar anda tidak boleh jual pada bangsa lain melainkan bangsa Melayu sahaja..pelabur akan lebih suka bila geran berstatus tiada sekatan kerana boleh jual kepada semua bangsa kerana pasaran jualan rumah lebih meluas tanpa bergantung kepada bangsa Melayu sahaja.

Lihat Nama siapa didalam Geran (terdapat pada helaian no2 dlm geran)
Pastikan nama orang yang berurusan tu adalah penjual atau ejen hartanah berdaftar yang betul dan bukanya scammer.Jika anda berurusan terus dengan penjual, pastikan anda minta penjual tunjukkan ic sebagai pengesahan dan pastikan ic dan nama di dalam geran adalah sama.

Jika ada banyak nama penjual di dalam geran tersebut, pastikan kesemuanya bersetuju untuk menjual hartanah tersebut. Akan menjadi masalah besar jika salah seorang diantara penjual tidak setuju.

Lihat samada penjual tersebut masih berhutang dengan bank ataupun pinjaman kerajaan
(Pada helaian no2 dalam geran)

Jika penjual masih berhutang, jangan malu untuk bertanya tentang tunggakan penjual tersebut untuk memastikan rumah yang anda ingin beli tiada dalam rekod rumah bakal dilelong jika penjual ada masalah kewangan.

Rekod Kaviet
(Pada helaian no2 dalam geran)
Ini dikira bahaya juga jika anda tidak mengetahui geran tersebut ada kaviet atau tidak. Kaviet secara ringkasnya apabila ada pihak lain yang membuat tuntutan terhadap harta tersebut seperti tuntutan harta sepencarian jika penjual bercerai suami isteri atau ada tuntutan dari 'Ah Long' dalam geran tersebut. Jika ada kaviet, semestinya bank tidak akan berikan pinjaman dan urusan akan menjadi rumit.

Rekod Bankruptcy
Haa.. ini pun penting juga kerana apabila penjual tersebut disenaraikan bankrup, segala pindah milik akan dibekukan dan diambil alih oleh Insolvency..bayangkan jika anda telah membayar deposit terus kepada penjual dan penjual tu telah bankrup..adakah ada boleh dapatkan semula deposit tersebut? Jawapanya boleh..tapi tipis..hehe.. pastikan anda membuat carian bankruptcy pada laman web insolvency ya..hanya masukkan no ic penjual dan bayar Rm10 sahaja kemudian anda boleh dapat tahu jawapan..lebih baik berwaspada terlebih dahulu sebelum serahkan deposit kepada penjual.

NOTA
Jika anda berurusan dengan Ejen Hartanah Berdaftar, prosesnya akan lebih mudah kerana ejen hartanah akan kaji selidik hartanah tersebut sebelum menjualnya.

Ingin Menjual rumah?
Ingin Membeli Rumah?
Perlukan Khidmat Nasihat?

Boleh hubungi saya :
Juman (REN 20427)
Tel : 011-14687904


Saya adalah Ejen Hartanah Perak yang Berdaftar atas nama syarikat Oriental Real Estate Sdn Bhd. Syarikat saya ditubuhkan sejak tahun 1988, Sila hubungi saya jika anda ingin menjual kediaman di sekitar Ipoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Bota, Tronoh, Sitiawan hingga Manjung Perak atau ingin mengetahui harga pasaran harta anda. Sila Hubungi  atau Whatsapp saya untuk rundingan percuma.

Boleh Juga Survay2 Rumah Di Laman Web Saya


#EjenHartanah #EjenHartanahPerak #EjenHartanahIpoh #Hartanah #perak #perakproperty #HartanahPerak #PropertyListing #PerundingHartanahIpoh



Selasa, 25 Februari 2020

HARTANAH FREEHOLD DAN LEASEHOLD

HARTANAH FREEHOLD DAN LEASEHOLD

Freehold atau Leasehold adalah dari segi maksud Pegangan tanah mempengaruhi proses belian dan juga kawalan anda keatas suatu hartanah.

APAKAH ITU FREEHOLD?
Hartanah yang mempunyai pegangan bebas atau Freehold adalah milikan tetap.(tiada tempoh pajakan)

Hartanah jenis Freehold ini adalah pemilikkan anda selama-lamanya melainkan jika Kerajaan ingin mendapatkan semula hartanah tersebut melalui akta tertentu.

APAKAH ITU LEASEHOLD?
Hartanah jenis Leasehold ini akan dipajak  untuk suatu tempoh tertentu dan kebiasanya tempoh 99 tahun daripada tarikh geran itu mula-mula didaftarkan.
Apabila tempoh pajakan itu hampir tamat, anda boleh melanjutkan tempoh pajakan dengan membayar premium di pejabat tanah.

Keburukkan hartanah jenis Leasehold ini ialah Kerajaan negeri akan ambil semula tanah itu jika anda tidak perbaharui.
Oleh kerana kerajaan negeri adalah pemilik muktamad, sebarang pindah milik perlukan kebenaran dari mereka. (MB Consern)

Pindah milik hartanah leasehold yang mempunyai sekatan-sekatan kepentingan (boleh rujuk dari geran) dari penjual Bumiputera kepada pembeli bukan Bumiputera adalah sukar.

Ini kerana kerajaan negeri mungkin mempunyai dasar untuk mengekalkan pegangan Bumiputera dalam hartanah.
Pihak berkuasa negeri tidak akan luluskan permohonan melainkan atas alasan yang kuat.

Selain itu, jika anda berhasrat untuk beli hartanah leasehold, jangan lupa untuk periksa baki tempoh pajakan kerana Bank tidak akan luluskan pinjaman untuk tempoh pajakan berbaki 40 tahun ke bawah.

Ingin Menjual rumah?
Ingin Membeli Rumah?
Perlukan Khidmat Nasihat?

Boleh hubungi saya :
Juman (REN 20427)
Tel : 011-14687904


Saya adalah Ejen Hartanah Perak yang Berdaftar atas nama syarikat Oriental Real Estate Sdn Bhd. Syarikat saya ditubuhkan sejak tahun 1988, Sila hubungi saya jika anda ingin menjual kediaman di sekitar Ipoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Bota, Tronoh, Sitiawan hingga Manjung Perak atau ingin mengetahui harga pasaran harta anda. Sila Hubungi  atau Whatsapp saya untuk rundingan percuma.

Boleh Juga Survay2 Rumah Di Laman Web Saya




Sabtu, 15 Februari 2020

SENARAI DOCUMENT YANG DIPERLUKAN UNTUK MOHON PINJAMAN PERUMAHAN MENGIKUT KATEGORI

SENARAI DOCUMENT YANG DIPERLUKAN UNTUK MOHON PINJAMAN PERUMAHAN MENGIKUT KATEGORI SEPERTI BERIKUT :-

BEKERJA (MAKAN GAJI)
1) Salinan IC
2) Slip gaji 3 bulan
3) Penyata bank selama 3 bulan
4) Penyata KWSP
5) Surat pengesahan majikan
6) Cukai Pendapatan (Borang EA)
7) Bukti pendapatan lain (jika ada)
8) Document tambahan seperti simpanan pada tempat lain iaitu ASB, Tabung Haji dan Sebagainya

BEKERJA SENDIRI (PERNIAGAAN KECIL)
1) Salinan IC
2) Penyata bank selama 6 bulan (current account)
3) SSM
4) Penyata Cukai selama 2 tahun (Borang BE)
5) Penyata kira-kira untung rugi selama 2 tahun
6) Document tambahan seperti simpanan pada tempat lain iaitu ASB, Tabung Haji dan Sebagainya

BEKERJA DI SINGAPURA
1) Salinan IC
2) Permit Kerja
3) Laporan CBS
4) Penyata Bank gaji selama 6 bulan
5) Slip Gaji
6) Cukai Pendapatan selama 2 tahun
7) Pengesahan Jawatan
8) Penyata Simpanan

EJEN HARTANAH, EJEN INSURANCE DAN EJEN-EJEN SEANGKATAN DENGANYA
1) Salinan IC
2) Slip Komisyen/gaji selama 6 bulan
3) Penyata Bank selama 6 bulan
4) Penyata pendapatan selama 2 tahun (borang BE)
5) Penyata simpanan
6) Pengesahan Majikan

PENGARAH SYARIKAT SDN BHD
1) Salinan IC
2) Penyata bank syarikat selama 6 bulan
3) Borang 24&49
4) Penyata cukai pendapatan pengarah syarikat selama 2 tahun (Borang BE)
5) Penyata simpanan pengarah
6) Profile Syarikat

MEMBELI RUMAH DENGAN NAMA SYARIKAT SDN BHD
1) Salinan IC (Pengarah Syarikat)
2) Penyata bank syarikat selama 6 bulan
3) Borang 24&49
4) M&A
5) Penyata cukai pendapatan Syarikat dan individu pengarah selama 2 tahun
6) 2 tahun Financial statements
7) Creditor & Debtor aging list
8) Penyata Simpanan syarikat atau eset syarikat
9) Profile Syarikat

Senarai-senarai diatas tidaklah begitu tepat dan ianya tertakluk kepada jenis Bank yang dipilih.

Ingin Menjual rumah?
Ingin Membeli Rumah?
Perlukan Khidmat Nasihat?
Boleh hubungi saya :
Juman (REN 20427)
Tel : 011-14687904


Saya adalah Ejen Hartanah Perak yang Berdaftar atas nama syarikat Oriental Real Estate Sdn Bhd. Syarikat saya ditubuhkan sejak tahun 1988, Sila hubungi saya jika anda ingin menjual kediaman di sekitar Ipoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Bota, Tronoh, Sitiawan hingga Manjung Perak atau ingin mengetahui harga pasaran harta anda. Sila Hubungi  atau Whatsapp saya untuk rundingan percuma.

Boleh Juga Survay2 Rumah Di Laman Web Saya

#EjenHartanah #EjenHartanahPerak #EjenHartanahIpoh #Hartanah #perak #perakproperty #HartanahPerak #PropertyListing #PerundingHartanahIpoh


Perkongsian Pengalaman Sebagai Ejen Hartanah Perak

Perkongsian Pengalaman Sebagai Ejen Hartanah Perak

Alhamdulillah..
Selesai sudah perkongsian pengalaman dalam bidang Ejen Hartanah kepada Team Nilai Harta ipoh..

Semoga apa yg disampaikan dapat memberi manfaat untuk terus maju dalam bidang hartanah..

Sebaik2 manusia akan memberi manfaat kpd manusia yg lain..

Sejahat2 manusia akan menggunakan manfaat yg diberikan ke jalan yang salah..

#EjenHartanah #EjenHartanahPerak #EjenHartanahIpoh #Hartanah #perak #perakproperty #HartanahPerak #PropertyListing #PerundingHartanahIpoh






Juman (REN 20427)
Tel : 011-14687904


Saya adalah Ejen Hartanah Perak yang Berdaftar atas nama syarikat Oriental Real Estate Sdn Bhd. Syarikat saya ditubuhkan sejak tahun 1988, Sila hubungi saya jika anda ingin menjual kediaman di sekitar Ipoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Bota, Tronoh, Sitiawan hingga Manjung Perak atau ingin mengetahui harga pasaran harta anda. Sila Hubungi  atau Whatsapp saya untuk rundingan percuma.

Rabu, 30 Oktober 2019

APAKAH AKIBATNYA MENJUAL RUMAH MELEBIHI HARGA PASARAN?

APAKAH AKIBATNYA MENJUAL RUMAH MELEBIHI HARGA PASARAN?

Jawapanya :
Untuk mendapat pembeli adalah TIPIS kerana :-

Jika anda di tempat pembeli, adakah anda ingin membeli rumah yang mahal tanpa ada sesuatu yang istimewa tentang rumah anda? Tambahan pula rumah anda perlu dibaiki pelbagai kerosakan.

Jika pembeli yang ingin membuat pinjaman Bank, bank akan meluluskan pinjaman sebanyak 90% daripada harga nilai terkini rumah anda. (bergantung kepada kelayakkan pembeli)

Sebagai contoh, jika harga pasaran rumah anda adalah Rm200,000.00 dan anda letakkan harga jualan sebanyak Rm230,000.00, bermakna pinjaman pembeli akan lulus 90% iaitu sebanyak Rm180,000.00 sahaja. Pembeli harus sediakan 10% deposit sebanyak Rm20,000.00 serta tambahan dari harga nilai sebanyak Rm30,000.00. Maka pembeli harus ada cash sebanyak Rm50,000.00 ditambah pula dengan kos guaman hampir Rm8000 dan kos penilaian sebanyak Rm850. Jadi, pembeli harus ada cash sebanyak Rm58,850.00 barulah boleh beli rumah anda.

Ini belum dikira jika rumah anda perlu dibaiki seperti cat baru, bumbung bocor dan Sebagainya.

KESIMPULAN
Dalam keadaan ekonomi sekarang, semuanya harapkan pinjaman semata-mata. Ada yang menjual mengikut harga pasaran pun agak tipis untuk dapatkan pembeli. Inikan pula jika anda meletakkan harga melebihi dari nilai pasaran..lagilah sukar untuk dapatkan pembeli tambahan pula jika kawasan taman yang kurang matang serta berjauhan dengan pelbagai kemudahan.


Ahad, 11 Ogos 2019

Cara Semak Status Bankrap atau Muflis

TUAN RUMAH MUFLIS?

Untuk membuat sesuatu transaksi hartanah, selain kelayakkan pinjaman, nilai hartanah dan status geran, ada 1 lagi yang penting perlu kita tahu dari penjual iaitu status MUFLIS nya.

Apa akan terjadi kalau penjual rumah tu MUFLIS?
Selepas diisytihar muflis, kesemua aset milik individu muflis akan dikendalikan oleh KPI. Jadi sebagai contoh, rumah dan kereta milik individu muflis tersebut akan diambil dan diuruskan oleh KPI untk digunakan untuk membayar hutang.

Apakah akan terjadi kalau anda bagi duit deposit kepada penjual rumah yang Muflis?
Jawapanya, Bye bye lah ya...hehe

Bagaimana untuk kita check status MUFLIS ni?

Kita boleh check di laman web insolvensi
https://e-insolvensi.mdi.gov.my

Sila daftar dan ikut arahan yang diberi. Rm10 untuk 1 carian.

Semoga transaksi hartanah anda akan lebih selamat..

Nak jual rumah?
Nak beli rumah?

☎️ 011-14687904

#EjenHartanahPerak #EjenHartanahIpoh #PerundingHartanahPerak #PerundingHartanahIpoh #EjenRumahPerak #PerakPropertyAgent #IpohPropertyAgent


Ahad, 30 Jun 2019

TERES SETINGKAT ISKANDAR PERDANA UNTUK DIJUAL

TERES SETINGKAT ISKANDAR PERDANA UNTUK DIJUAL

Lokasi rumah mengadap jalan utama dan tidak bertentangan dengan rumah yang lain menjadi 1 kelebihan tentang rumah ini.

Berdekatan dengan sekolah rendah iskandar perdana, masjid, pasaraya Billion, kedai-kedai dan Sebagainya

INFO
- Leasehold
- Bumi Lot
- 3 Bilik tidur
- 1+1 Bilik air
- keluasan Tanah : 20x60 ft

HARGA :  135K

Berminat boleh hubungi :
Juman - REN 20427
EJEN HARTANAH PERAK
Tel : 011-14687904


SAYA ADALAH EJEN HARTANAH PERAK YANG BERDAFTAR ATAS NAMA SYARIKAT ORIENTAL REAL ESTATE SDN BHD. SYARIKAT SAYA DITUBUHKAN SEJAK TAHUN 1988, SILA HUBUNGI SAYA JIKA ANDA INGIN MENJUAL KEDIAMAN DI SEKITAR IPOH HINGGA MANJUNG PERAK ATAU INGIN MENGETAHUI HARGA PASARAN HARTA ANDA.

BOLEH JUGA MEMBUAT PELBAGAI PILIHAN HARTANAH DI LAMAN WEB EJEN HARTANAH PERAK DI BAWAH

➡ EJEN HARTANAH PERAK
http://ejenhartanahperak.blogspot.my









Jumaat, 28 Jun 2019

APAKAH TUJUAN ANDA UNTUK MEMBELI HARTANAH DI PERAK

APAKAH TUJUAN ANDA UNTUK MEMBELI HARTANAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kali Ini Saya ingin kongsikan point penting tentang faktor pemilihan sesuatu hartanah di Perak.

Mula-mula sekali, anda haruslah bertanya pada diri sendiri..APAKAH TUJUAN ANDA UNTUK MEMBELI HARTANAH?. Ianya terbahagi kepada dua iaitu beli untuk PELABURAN dan beli untuk TINGGAL SENDIRI.

BELI UNTUK PELABURAN
▪️LOKASI
Lokasi amatlah penting untuk diambil kira kerana ianya akan menentukan kadar sewa bulanan mendapat sambutan dan sewaan tinggi serta kadar kenaikkan harga hartanah tersebut dengan pantas untuk mendapat keuntungan dari segi jualan nanti.

Semestinya Booster yang bagus seperti berdekatan dengan sekolah, hospital, kawasan industri, universiti, Pelancungan, dekat susur keluar lebuhraya dan sebagainya menjadi faktor utama untuk pelaburan yang berkualiti.

Diantara lokasi yg mendapat sambutan untuk perumahan di perak ketika ini ialah Meru Raya, Rapat Setia, Maju Rapat, Klebang, Tasek, Fair Park, Manjoi, chepor, Seri Iskandar, Seri Manjung dan sebagainya.

▪️JENIS HARTANAH
Kesilapan  membuat pilihan tentang jenis hartanah akan mengundang padah menanggung hutang selama 30 tahun. Oleh itu di Perak ni, cuba elakkan pembelian jenis hartanah SRATA kerana ianya bukanlah mudah untuk dijual semula buat masa ini.

Kalau untuk buat sewaan untuk jangka masa panjang tanpa pikir untuk jual semula dikira ok lagi. Diantaranya hartanah yg susah nak jual balik buat masa sekarang di perak ni ialah jenis rumah Apartment danTown House. Di Perak ni, jenis hartanah ini masih dianggap sebagai kehendak dan bukanya keperluan.

Untuk pelaburan hartanah di Perak ini disyorkan jenis hartanah yang sederhana kerana senang untuk membeli, senang mendapat penyewa dan senang untuk dijual semula kelak seperti contoh rumah teres setingkat.

▪️JENIS PAJAKKAN
DI Perak ni, kebanyakkan tempat adalah dari jenis pajakkan 99 tahun (LEASEHOLD) dan ada juga segelintir tempat yang pajakkanya jenis hak milik kekal (FREEHOLD).

Kalau boleh, untuk pelaburan carilah yang jenis hak milik kekal kerana harganya akan tinggi sedikit daripada pajakan 99tahun serta pembeli memang gemar dengan hak milik kekal.

Bank akan susah nak bagi pinjaman kepada pembeli anda jika tempoh pajakan dah hampir tamat. Kalau nak beli, boleh.. tapi anda perlu pastikan tempoh pajakan jangan kurang dari 60 tahun.

▪️FAKTOR KEJIRANAN
Jangan terlepas pandang bab ini. Dari pengalaman saya, salah satu penyebab sesuatu hartanah tak boleh dijual serta harga akan jatuh disebabkan faktor kejiranan. Sebagai contoh bab Bangsa, kawasan lambakan warga asing dan Sebagainya.

JIKA BELI UNTUK DIDUDUKI
▪️KEPERLUAN
Jika anda membeli sebuah rumah untuk diduduki, rumah anda mesti memenuhi keperluan anda dan keluarga.

Itulah keutamaan yang jauh lebih penting daripada berapa harga rumah anda akan naik atau berapa sewa yang anda boleh dapat.

Jika rumah anda turut mempunyai prospek pelaburan yang baik, ianya suatu bonus. Bukan kewajipan.

Beli rumah dekat dengan tempat kerja dan sekolah jika boleh kerana Ini akan menjimatkan kos petrol dan juga masa.

▪️BELI MENGIKUT KEMAMPUAN BUKANYA KELAYAKKAN
Walaupun kelayakkan boleh pinjam RM 1 juta untuk membeli rumah, tidak bermakna anda mampu untuk menanggung rumah tersebut.

Buat bajet bulanan terlebih dahulu. Semak pendapatan dan perbelanjaan dan
Kurangkan kos yang tidak perlu.
Daripada bajet ini baru anda tahu, berapa banyak yang anda boleh peruntukkan untuk bayar ansuran rumah.

▪️KAJI PERSEKITARAN
Pastikan rumah dekat dengan kemudahan seperti balai polis, restoran, kedai runcit, pasaraya, surau, masjid, sekolah, klinik, hospital dan Sebagainya.

Elakkan beli dekat dengan kilang, stesen janakuasa, loji kumbahan serta kawasan yang senang banjir.

▪️FAKTOR KEJIRANAN
Ada yang suka jiranya berbilang bangsa dan ada juga yang nak tinggal bersama sama bangsa sendiri. Terpulanglah dan ikut keselesaan anda dan keluarga serta kualiti kawasan untuk membesarkan anak-anak.

KESIMPULAN
▪️TIADA YANG SEMPURNA
Janganlah terlalu mengejar kesempurnaan sehingga dah bertahun-tahun mencari tapi masih tidak jumpa. Carilah yang hampir-hampir sempurna kerana harga pasaran hartanah tidak akan menunggu anda jika anda masih bertangguh dan terlalu memilih.

Jika ada apa-apa persoalan tentang hartanah di perak, bolehlah hubungi saya

Juman Ejen Hartanah Perak
Tel : 011-14676904
Wasap : http://Juman.wasap.my

Saya adalah Ejen Hartanah Perak yang Berdaftar atas nama syarikat Oriental Real Estate Sdn Bhd. Syarikat saya ditubuhkan sejak tahun 1988, Sila hubungi saya jika anda ingin menjual kediaman di sekitar Ipoh hingga Manjung Perak atau ingin mengetahui harga pasaran harta anda.

Boleh Juga Survay2 Rumah Di Laman Web Saya

➡ EJEN HARTANAH PERAK
http://ejenhartanahperak.blogspot.my


Ejen hartanah ipoh