Memaparkan catatan dengan label Ejen hartanah perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ejen hartanah perak. Papar semua catatan

Rabu, 14 April 2021

Pencapaian Juman Ejen Hartanah Perak Untuk Tahun 2020

  Pencapaian Juman Ejen Hartanah Perak Untuk Tahun 2020

Alhamdulillah..
Menerima beberapa anugerah pencapaian untuk tahun 2020 dari Oriental Real Estate Sdn Bhd Ipoh diantaranya ialah :

1) Highest Residential Properties Sales 2020
2) Top Sales 2020
3) Highest Team Achievement 2020 (Team Juman)

Semoga tahun 2021 dan seterusnya saya dan bersama team saya dapat membantu lebih ramai lagi penjual dan pembeli rumah.. Insyallah

#EjenHartanahPerak









Khamis, 9 Julai 2020

Pencapaian Juman Ejen Hartanah Perak 2019

Pencapaian Juman Ejen Hartanah Perak 2019

Alhamdulillah.
2 anugerah pencapaian untuk tahun 2019.
Semoga tahun 2020 dan seterusnya lebih konsisten membantu org ramai dalam proses jual beli hartanah di perak

Jika ada sesiapa yang ingin membeli atau menjual rumah sekitar ipoh, batu gajah, seri iskandar, sitiawan, seri manjung dan lumut, bolehla menghubungi saya di talian 011-14687904.

Insyallah saya akan membantu.


#jumanejenhartanahperak


Isnin, 1 Jun 2020

enali Saya Sebagai Ejen Hartanah Ipoh, Seri iskandar, Manjung Perak

Kenali Saya Sebagai Ejen Hartanah Ipoh, Seri iskandar, Manjung Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kenali Saya Sebagai Ejen Hartanah Ipoh, Seri iskandar, Manjung Perak

Saya merupakan ejen hartanah berdaftar (REN20427) dibawah syarikat oriental realty ipoh perak. kepakaran saya adalah dalam menguruskan soal jual beli rumah atau hartanah di sekitar Ipoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Sitiawan Dan Manjung Perak. Sila hubungi saya di talian 011-14687904 jika ingin menjual rumah mengikut harga pasaran atau mencari kediaman impian di lokasi pilihan serta mengikut kemampuan anda

Boleh Juga Survay2 Rumah Di Laman Web Saya

- Website
http://ejenhartanahperak.blogspot.my/
http://www.manjungproperties.com/
https://rumahperaktengah.blogspot.my/
https://ejenrumahipoh.blogspot.com/?m=1
- Mudah
http://www.mudah.my/juman-ejen-hartanah-perak-oriental-realty
- Facebook
https://www.facebook.com/EjenHartanahPerak/
https://www.facebook.com/Jumanejenhartanahperak/

#EjenHartanahPerak #EjenHartanahIpoh #PerundingHartanahPerak #PerundingHartanahIpoh #EjenRumahPerak #PerakPropertyAgent #IpohPropertyAgent

juman shah ejen hartanah perak
Ejen Hartanah Perak

Sabtu, 15 Februari 2020

SENARAI DOCUMENT YANG DIPERLUKAN UNTUK MOHON PINJAMAN PERUMAHAN MENGIKUT KATEGORI

SENARAI DOCUMENT YANG DIPERLUKAN UNTUK MOHON PINJAMAN PERUMAHAN MENGIKUT KATEGORI SEPERTI BERIKUT :-

BEKERJA (MAKAN GAJI)
1) Salinan IC
2) Slip gaji 3 bulan
3) Penyata bank selama 3 bulan
4) Penyata KWSP
5) Surat pengesahan majikan
6) Cukai Pendapatan (Borang EA)
7) Bukti pendapatan lain (jika ada)
8) Document tambahan seperti simpanan pada tempat lain iaitu ASB, Tabung Haji dan Sebagainya

BEKERJA SENDIRI (PERNIAGAAN KECIL)
1) Salinan IC
2) Penyata bank selama 6 bulan (current account)
3) SSM
4) Penyata Cukai selama 2 tahun (Borang BE)
5) Penyata kira-kira untung rugi selama 2 tahun
6) Document tambahan seperti simpanan pada tempat lain iaitu ASB, Tabung Haji dan Sebagainya

BEKERJA DI SINGAPURA
1) Salinan IC
2) Permit Kerja
3) Laporan CBS
4) Penyata Bank gaji selama 6 bulan
5) Slip Gaji
6) Cukai Pendapatan selama 2 tahun
7) Pengesahan Jawatan
8) Penyata Simpanan

EJEN HARTANAH, EJEN INSURANCE DAN EJEN-EJEN SEANGKATAN DENGANYA
1) Salinan IC
2) Slip Komisyen/gaji selama 6 bulan
3) Penyata Bank selama 6 bulan
4) Penyata pendapatan selama 2 tahun (borang BE)
5) Penyata simpanan
6) Pengesahan Majikan

PENGARAH SYARIKAT SDN BHD
1) Salinan IC
2) Penyata bank syarikat selama 6 bulan
3) Borang 24&49
4) Penyata cukai pendapatan pengarah syarikat selama 2 tahun (Borang BE)
5) Penyata simpanan pengarah
6) Profile Syarikat

MEMBELI RUMAH DENGAN NAMA SYARIKAT SDN BHD
1) Salinan IC (Pengarah Syarikat)
2) Penyata bank syarikat selama 6 bulan
3) Borang 24&49
4) M&A
5) Penyata cukai pendapatan Syarikat dan individu pengarah selama 2 tahun
6) 2 tahun Financial statements
7) Creditor & Debtor aging list
8) Penyata Simpanan syarikat atau eset syarikat
9) Profile Syarikat

Senarai-senarai diatas tidaklah begitu tepat dan ianya tertakluk kepada jenis Bank yang dipilih.

Ingin Menjual rumah?
Ingin Membeli Rumah?
Perlukan Khidmat Nasihat?
Boleh hubungi saya :
Juman (REN 20427)
Tel : 011-14687904


Saya adalah Ejen Hartanah Perak yang Berdaftar atas nama syarikat Oriental Real Estate Sdn Bhd. Syarikat saya ditubuhkan sejak tahun 1988, Sila hubungi saya jika anda ingin menjual kediaman di sekitar Ipoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Bota, Tronoh, Sitiawan hingga Manjung Perak atau ingin mengetahui harga pasaran harta anda. Sila Hubungi  atau Whatsapp saya untuk rundingan percuma.

Boleh Juga Survay2 Rumah Di Laman Web Saya

#EjenHartanah #EjenHartanahPerak #EjenHartanahIpoh #Hartanah #perak #perakproperty #HartanahPerak #PropertyListing #PerundingHartanahIpoh


Perkongsian Pengalaman Sebagai Ejen Hartanah Perak

Perkongsian Pengalaman Sebagai Ejen Hartanah Perak

Alhamdulillah..
Selesai sudah perkongsian pengalaman dalam bidang Ejen Hartanah kepada Team Nilai Harta ipoh..

Semoga apa yg disampaikan dapat memberi manfaat untuk terus maju dalam bidang hartanah..

Sebaik2 manusia akan memberi manfaat kpd manusia yg lain..

Sejahat2 manusia akan menggunakan manfaat yg diberikan ke jalan yang salah..

#EjenHartanah #EjenHartanahPerak #EjenHartanahIpoh #Hartanah #perak #perakproperty #HartanahPerak #PropertyListing #PerundingHartanahIpoh






Juman (REN 20427)
Tel : 011-14687904


Saya adalah Ejen Hartanah Perak yang Berdaftar atas nama syarikat Oriental Real Estate Sdn Bhd. Syarikat saya ditubuhkan sejak tahun 1988, Sila hubungi saya jika anda ingin menjual kediaman di sekitar Ipoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Bota, Tronoh, Sitiawan hingga Manjung Perak atau ingin mengetahui harga pasaran harta anda. Sila Hubungi  atau Whatsapp saya untuk rundingan percuma.

Ahad, 28 Julai 2019

CERITA BANGLO IDAMAN DI PERAK

CERITA BANGLO IDAMAN
(Berdasarkan Pengalaman Sebenar)

Semua orang mesti ada keinginan untuk memiliki sebuah rumah yang besar, cantik, selesa dan yg paling penting mesti nampak GAH dimata jiran, kawan2 dan saudara mara yg melihat rumahnya.

Ini semua tidak menjadi kesalahan kerana  kita semua patut memiliki sebuah impian untuk dilaksanakan jika mampu.

Tapi tahukah anda kebanyakkan pemilik-pemilik rumah besar bertingkat- tingkat ini yg pernah hubungi saya untuk jualkan semula rumahya pada usia tua kerana faktor tinggal berseorangan setelah anak-anak tinggal jauh di perantauan, kerana sakit lulut tak boleh naik tangga, faktor kesihatan yang tak boleh nak mentain rumah, faktor keselamatan kerana tinggal berseorangan  dan Sebagainya.

Akhirnya mereka terpaksa tinggalkan rumah impian kerana ikut tinggal bersama dengan anak2 dan ada juga yg terpaksa mencari rumah teres kerana mahukan jiran lebih dekat kerana kalau jadi apa2 boleh orang tahu dengan cepat.

Lebih malangnya, kebanyakkan rumah-rumah sebegini agak susah untuk dijual semula kerana Rekabentuk dan susun atur rumah mengikut kehendak kita sendiri dan bukanya kehendak bakal pembeli, kerana valuenya yang agak tinggi menyebabkan hanya segelintir Pembeli yang layak sahaja boleh beli ditambah pula jika geran rumah tersebut lot bumiputera ataupun rizab melayu yang akan menyukarkan lagi penjualan rumah tersebut.

Oleh yang demikian, jika ingin membina rumah impian, perlu difikirkan faktor apabila sudah tua nanti adakah anda boleh bertahan dengan keadaan rumah tersebut.

Ingin Membeli atau Menjual rumah?
Boleh hubungi :
Juman - REN 20427
EJEN HARTANAH PERAK
Tel : 011-14687904



Jumaat, 28 Jun 2019

APAKAH TUJUAN ANDA UNTUK MEMBELI HARTANAH DI PERAK

APAKAH TUJUAN ANDA UNTUK MEMBELI HARTANAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kali Ini Saya ingin kongsikan point penting tentang faktor pemilihan sesuatu hartanah di Perak.

Mula-mula sekali, anda haruslah bertanya pada diri sendiri..APAKAH TUJUAN ANDA UNTUK MEMBELI HARTANAH?. Ianya terbahagi kepada dua iaitu beli untuk PELABURAN dan beli untuk TINGGAL SENDIRI.

BELI UNTUK PELABURAN
▪️LOKASI
Lokasi amatlah penting untuk diambil kira kerana ianya akan menentukan kadar sewa bulanan mendapat sambutan dan sewaan tinggi serta kadar kenaikkan harga hartanah tersebut dengan pantas untuk mendapat keuntungan dari segi jualan nanti.

Semestinya Booster yang bagus seperti berdekatan dengan sekolah, hospital, kawasan industri, universiti, Pelancungan, dekat susur keluar lebuhraya dan sebagainya menjadi faktor utama untuk pelaburan yang berkualiti.

Diantara lokasi yg mendapat sambutan untuk perumahan di perak ketika ini ialah Meru Raya, Rapat Setia, Maju Rapat, Klebang, Tasek, Fair Park, Manjoi, chepor, Seri Iskandar, Seri Manjung dan sebagainya.

▪️JENIS HARTANAH
Kesilapan  membuat pilihan tentang jenis hartanah akan mengundang padah menanggung hutang selama 30 tahun. Oleh itu di Perak ni, cuba elakkan pembelian jenis hartanah SRATA kerana ianya bukanlah mudah untuk dijual semula buat masa ini.

Kalau untuk buat sewaan untuk jangka masa panjang tanpa pikir untuk jual semula dikira ok lagi. Diantaranya hartanah yg susah nak jual balik buat masa sekarang di perak ni ialah jenis rumah Apartment danTown House. Di Perak ni, jenis hartanah ini masih dianggap sebagai kehendak dan bukanya keperluan.

Untuk pelaburan hartanah di Perak ini disyorkan jenis hartanah yang sederhana kerana senang untuk membeli, senang mendapat penyewa dan senang untuk dijual semula kelak seperti contoh rumah teres setingkat.

▪️JENIS PAJAKKAN
DI Perak ni, kebanyakkan tempat adalah dari jenis pajakkan 99 tahun (LEASEHOLD) dan ada juga segelintir tempat yang pajakkanya jenis hak milik kekal (FREEHOLD).

Kalau boleh, untuk pelaburan carilah yang jenis hak milik kekal kerana harganya akan tinggi sedikit daripada pajakan 99tahun serta pembeli memang gemar dengan hak milik kekal.

Bank akan susah nak bagi pinjaman kepada pembeli anda jika tempoh pajakan dah hampir tamat. Kalau nak beli, boleh.. tapi anda perlu pastikan tempoh pajakan jangan kurang dari 60 tahun.

▪️FAKTOR KEJIRANAN
Jangan terlepas pandang bab ini. Dari pengalaman saya, salah satu penyebab sesuatu hartanah tak boleh dijual serta harga akan jatuh disebabkan faktor kejiranan. Sebagai contoh bab Bangsa, kawasan lambakan warga asing dan Sebagainya.

JIKA BELI UNTUK DIDUDUKI
▪️KEPERLUAN
Jika anda membeli sebuah rumah untuk diduduki, rumah anda mesti memenuhi keperluan anda dan keluarga.

Itulah keutamaan yang jauh lebih penting daripada berapa harga rumah anda akan naik atau berapa sewa yang anda boleh dapat.

Jika rumah anda turut mempunyai prospek pelaburan yang baik, ianya suatu bonus. Bukan kewajipan.

Beli rumah dekat dengan tempat kerja dan sekolah jika boleh kerana Ini akan menjimatkan kos petrol dan juga masa.

▪️BELI MENGIKUT KEMAMPUAN BUKANYA KELAYAKKAN
Walaupun kelayakkan boleh pinjam RM 1 juta untuk membeli rumah, tidak bermakna anda mampu untuk menanggung rumah tersebut.

Buat bajet bulanan terlebih dahulu. Semak pendapatan dan perbelanjaan dan
Kurangkan kos yang tidak perlu.
Daripada bajet ini baru anda tahu, berapa banyak yang anda boleh peruntukkan untuk bayar ansuran rumah.

▪️KAJI PERSEKITARAN
Pastikan rumah dekat dengan kemudahan seperti balai polis, restoran, kedai runcit, pasaraya, surau, masjid, sekolah, klinik, hospital dan Sebagainya.

Elakkan beli dekat dengan kilang, stesen janakuasa, loji kumbahan serta kawasan yang senang banjir.

▪️FAKTOR KEJIRANAN
Ada yang suka jiranya berbilang bangsa dan ada juga yang nak tinggal bersama sama bangsa sendiri. Terpulanglah dan ikut keselesaan anda dan keluarga serta kualiti kawasan untuk membesarkan anak-anak.

KESIMPULAN
▪️TIADA YANG SEMPURNA
Janganlah terlalu mengejar kesempurnaan sehingga dah bertahun-tahun mencari tapi masih tidak jumpa. Carilah yang hampir-hampir sempurna kerana harga pasaran hartanah tidak akan menunggu anda jika anda masih bertangguh dan terlalu memilih.

Jika ada apa-apa persoalan tentang hartanah di perak, bolehlah hubungi saya

Juman Ejen Hartanah Perak
Tel : 011-14676904
Wasap : http://Juman.wasap.my

Saya adalah Ejen Hartanah Perak yang Berdaftar atas nama syarikat Oriental Real Estate Sdn Bhd. Syarikat saya ditubuhkan sejak tahun 1988, Sila hubungi saya jika anda ingin menjual kediaman di sekitar Ipoh hingga Manjung Perak atau ingin mengetahui harga pasaran harta anda.

Boleh Juga Survay2 Rumah Di Laman Web Saya

➡ EJEN HARTANAH PERAK
http://ejenhartanahperak.blogspot.my


Ejen hartanah ipoh

Selasa, 15 Ogos 2017

Kenali Saya Sebagai Ejen Hartanah Di Ipoh Hingga Manjung Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

          Saya merupakan Ejen hartanah di negeri perak atau perak property agent atau dikenali sebagai perunding hartanah perak (REN 20427) dibawah syarikat Oriental Realty di Ipoh Perak. Kepakaran saya adalah dalam mengendalikan atau menjayakan proses jual beli rumah dari ipoh hinggalah ke manjung perak khususnya untuk rumah subsale lot Bumiputera. Bermula menceburkan diri dalam bidang ejen hartanah pada disember 2015 hinggalah sekarang dan saya berjaya menjual rumah lebih kurang 30 buah rumah dalam setahun. Pada tahun 2017, saya dinobatkan sebagai Top Sales bidang rumah kediaman untuk tahun 2016 di syarikat Oriental Realty Ipoh.


          Bermula dari proses lantikan oleh tuan rumah, saya bertanggungjawab untuk mengiklankan, mencari atau menapis pembeli yang berkelayakkan dan pembeli yang berpotensi dari segi pinjaman perumahan dan mempunyai deposit sehinggalah ke proses Pejanjian Jual beli. Kadar bayaran yang dikenakan kepada penjual sahaja sebanyak 3% daripada harga rumah yang berjaya dijual malah segala proses pinjaman pembeli dan lantikan peguam serta rundingan terhadap pembeli adalah percuma. Disini Penjual dan pembeli dapat menjimatkan masa dan risiko kerugian kerana semuanya diuruskan oleh saya dan semua proses adalah mengikut undang-undang jual beli hartanah. Setiap urusniaga yang dilakukan oleh ejen hartanah yang berdaftar disusuli dengan agreement dari lantikan untuk menjual rumah hinggalah ke booking agreement.



          Jika anda sebagai penjual rumah yang ingin menjual kediaman anda tetapi tidak mengetahui harga pasaran semasa, tiada ilmu dalam proses jual beli hartanah serta tiada masa dan malas untuk melayan karenah pembeli yang tidak berpotensi, boleh hubungi saya di talian 011-14687904 untuk rundingan percuma.

          Jika anda masih mencari rumah untuk dibeli tetapi tidak mengatahui kelayakkan pinjaman bank atau pinjaman kerajaan, boleh hubungi saya di talian 011-14687904 untuk khidmat nasihat percuma.

JUGA BOLEH DIRECT WHATSAPP SAYA

          Sila layari beberapa laman web saya untuk mengetahui aktivi-aktiviti jualan hartanah sekitar ipoh hinggalah ke manjung perak.

Blog Ejen Hartanah Perak

Blog Ejen Hartanah perak Tengah

Blog Manjung Properties

Ejen Hartanah Facebook Pages

iProperty

Mudah.my