Khamis, 27 Februari 2020

BENDA PENTING YANG ANDA PERLU TAHU DALAM GERAN SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN MEMBELI HARTANAH

BENDA PENTING YANG ANDA PERLU TAHU DALAM GERAN SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN MEMBELI HARTANAH

Lihat tempoh pajakan
(jika hartanah tersebut leasehold) kerana ianya terkesan dari segi kelulusan pinjaman apabila tempoh pajakan yang bakinya dibawah 60tahun.

Sekatan Menteri Besar Atau Rizab Melayu.
Jika anda seorang pelabur, faktor sekatan ini akan memberi kesan apabila anda ingin menjual semula rumah tersebut kerana kemungkinan besar anda tidak boleh jual pada bangsa lain melainkan bangsa Melayu sahaja..pelabur akan lebih suka bila geran berstatus tiada sekatan kerana boleh jual kepada semua bangsa kerana pasaran jualan rumah lebih meluas tanpa bergantung kepada bangsa Melayu sahaja.

Lihat Nama siapa didalam Geran (terdapat pada helaian no2 dlm geran)
Pastikan nama orang yang berurusan tu adalah penjual atau ejen hartanah berdaftar yang betul dan bukanya scammer.Jika anda berurusan terus dengan penjual, pastikan anda minta penjual tunjukkan ic sebagai pengesahan dan pastikan ic dan nama di dalam geran adalah sama.

Jika ada banyak nama penjual di dalam geran tersebut, pastikan kesemuanya bersetuju untuk menjual hartanah tersebut. Akan menjadi masalah besar jika salah seorang diantara penjual tidak setuju.

Lihat samada penjual tersebut masih berhutang dengan bank ataupun pinjaman kerajaan
(Pada helaian no2 dalam geran)

Jika penjual masih berhutang, jangan malu untuk bertanya tentang tunggakan penjual tersebut untuk memastikan rumah yang anda ingin beli tiada dalam rekod rumah bakal dilelong jika penjual ada masalah kewangan.

Rekod Kaviet
(Pada helaian no2 dalam geran)
Ini dikira bahaya juga jika anda tidak mengetahui geran tersebut ada kaviet atau tidak. Kaviet secara ringkasnya apabila ada pihak lain yang membuat tuntutan terhadap harta tersebut seperti tuntutan harta sepencarian jika penjual bercerai suami isteri atau ada tuntutan dari 'Ah Long' dalam geran tersebut. Jika ada kaviet, semestinya bank tidak akan berikan pinjaman dan urusan akan menjadi rumit.

Rekod Bankruptcy
Haa.. ini pun penting juga kerana apabila penjual tersebut disenaraikan bankrup, segala pindah milik akan dibekukan dan diambil alih oleh Insolvency..bayangkan jika anda telah membayar deposit terus kepada penjual dan penjual tu telah bankrup..adakah ada boleh dapatkan semula deposit tersebut? Jawapanya boleh..tapi tipis..hehe.. pastikan anda membuat carian bankruptcy pada laman web insolvency ya..hanya masukkan no ic penjual dan bayar Rm10 sahaja kemudian anda boleh dapat tahu jawapan..lebih baik berwaspada terlebih dahulu sebelum serahkan deposit kepada penjual.

NOTA
Jika anda berurusan dengan Ejen Hartanah Berdaftar, prosesnya akan lebih mudah kerana ejen hartanah akan kaji selidik hartanah tersebut sebelum menjualnya.

Ingin Menjual rumah?
Ingin Membeli Rumah?
Perlukan Khidmat Nasihat?

Boleh hubungi saya :
Juman (REN 20427)
Tel : 011-14687904

Saya adalah Ejen Hartanah Perak yang Berdaftar atas nama syarikat Oriental Real Estate Sdn Bhd. Syarikat saya ditubuhkan sejak tahun 1988, Sila hubungi saya jika anda ingin menjual kediaman di sekitar Ipoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Bota, Tronoh, Sitiawan hingga Manjung Perak atau ingin mengetahui harga pasaran harta anda. Sila Hubungi  atau Whatsapp saya untuk rundingan percuma.

Boleh Juga Survay2 Rumah Di Laman Web Saya

#EjenHartanah #EjenHartanahPerak #EjenHartanahIpoh #Hartanah #perak #perakproperty #HartanahPerak #PropertyListing #PerundingHartanahIpoh

Selasa, 25 Februari 2020

HARTANAH FREEHOLD DAN LEASEHOLD

HARTANAH FREEHOLD DAN LEASEHOLD

Freehold atau Leasehold adalah dari segi maksud Pegangan tanah mempengaruhi proses belian dan juga kawalan anda keatas suatu hartanah.

APAKAH ITU FREEHOLD?
Hartanah yang mempunyai pegangan bebas atau Freehold adalah milikan tetap.(tiada tempoh pajakan)

Hartanah jenis Freehold ini adalah pemilikkan anda selama-lamanya melainkan jika Kerajaan ingin mendapatkan semula hartanah tersebut melalui akta tertentu.

APAKAH ITU LEASEHOLD?
Hartanah jenis Leasehold ini akan dipajak  untuk suatu tempoh tertentu dan kebiasanya tempoh 99 tahun daripada tarikh geran itu mula-mula didaftarkan.
Apabila tempoh pajakan itu hampir tamat, anda boleh melanjutkan tempoh pajakan dengan membayar premium di pejabat tanah.

Keburukkan hartanah jenis Leasehold ini ialah Kerajaan negeri akan ambil semula tanah itu jika anda tidak perbaharui.
Oleh kerana kerajaan negeri adalah pemilik muktamad, sebarang pindah milik perlukan kebenaran dari mereka. (MB Consern)

Pindah milik hartanah leasehold yang mempunyai sekatan-sekatan kepentingan (boleh rujuk dari geran) dari penjual Bumiputera kepada pembeli bukan Bumiputera adalah sukar.

Ini kerana kerajaan negeri mungkin mempunyai dasar untuk mengekalkan pegangan Bumiputera dalam hartanah.
Pihak berkuasa negeri tidak akan luluskan permohonan melainkan atas alasan yang kuat.

Selain itu, jika anda berhasrat untuk beli hartanah leasehold, jangan lupa untuk periksa baki tempoh pajakan kerana Bank tidak akan luluskan pinjaman untuk tempoh pajakan berbaki 40 tahun ke bawah.

Ingin Menjual rumah?
Ingin Membeli Rumah?
Perlukan Khidmat Nasihat?

Boleh hubungi saya :
Juman (REN 20427)
Tel : 011-14687904

Saya adalah Ejen Hartanah Perak yang Berdaftar atas nama syarikat Oriental Real Estate Sdn Bhd. Syarikat saya ditubuhkan sejak tahun 1988, Sila hubungi saya jika anda ingin menjual kediaman di sekitar Ipoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Bota, Tronoh, Sitiawan hingga Manjung Perak atau ingin mengetahui harga pasaran harta anda. Sila Hubungi  atau Whatsapp saya untuk rundingan percuma.

Boleh Juga Survay2 Rumah Di Laman Web Saya

Sabtu, 15 Februari 2020

SENARAI DOCUMENT YANG DIPERLUKAN UNTUK MOHON PINJAMAN PERUMAHAN MENGIKUT KATEGORI

SENARAI DOCUMENT YANG DIPERLUKAN UNTUK MOHON PINJAMAN PERUMAHAN MENGIKUT KATEGORI SEPERTI BERIKUT :-

BEKERJA (MAKAN GAJI)
1) Salinan IC
2) Slip gaji 3 bulan
3) Penyata bank selama 3 bulan
4) Penyata KWSP
5) Surat pengesahan majikan
6) Cukai Pendapatan (Borang EA)
7) Bukti pendapatan lain (jika ada)
8) Document tambahan seperti simpanan pada tempat lain iaitu ASB, Tabung Haji dan Sebagainya

BEKERJA SENDIRI (PERNIAGAAN KECIL)
1) Salinan IC
2) Penyata bank selama 6 bulan (current account)
3) SSM
4) Penyata Cukai selama 2 tahun (Borang BE)
5) Penyata kira-kira untung rugi selama 2 tahun
6) Document tambahan seperti simpanan pada tempat lain iaitu ASB, Tabung Haji dan Sebagainya

BEKERJA DI SINGAPURA
1) Salinan IC
2) Permit Kerja
3) Laporan CBS
4) Penyata Bank gaji selama 6 bulan
5) Slip Gaji
6) Cukai Pendapatan selama 2 tahun
7) Pengesahan Jawatan
8) Penyata Simpanan

EJEN HARTANAH, EJEN INSURANCE DAN EJEN-EJEN SEANGKATAN DENGANYA
1) Salinan IC
2) Slip Komisyen/gaji selama 6 bulan
3) Penyata Bank selama 6 bulan
4) Penyata pendapatan selama 2 tahun (borang BE)
5) Penyata simpanan
6) Pengesahan Majikan

PENGARAH SYARIKAT SDN BHD
1) Salinan IC
2) Penyata bank syarikat selama 6 bulan
3) Borang 24&49
4) Penyata cukai pendapatan pengarah syarikat selama 2 tahun (Borang BE)
5) Penyata simpanan pengarah
6) Profile Syarikat

MEMBELI RUMAH DENGAN NAMA SYARIKAT SDN BHD
1) Salinan IC (Pengarah Syarikat)
2) Penyata bank syarikat selama 6 bulan
3) Borang 24&49
4) M&A
5) Penyata cukai pendapatan Syarikat dan individu pengarah selama 2 tahun
6) 2 tahun Financial statements
7) Creditor & Debtor aging list
8) Penyata Simpanan syarikat atau eset syarikat
9) Profile Syarikat

Senarai-senarai diatas tidaklah begitu tepat dan ianya tertakluk kepada jenis Bank yang dipilih.

Ingin Menjual rumah?
Ingin Membeli Rumah?
Perlukan Khidmat Nasihat?
Boleh hubungi saya :
Juman (REN 20427)
Tel : 011-14687904

Saya adalah Ejen Hartanah Perak yang Berdaftar atas nama syarikat Oriental Real Estate Sdn Bhd. Syarikat saya ditubuhkan sejak tahun 1988, Sila hubungi saya jika anda ingin menjual kediaman di sekitar Ipoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Bota, Tronoh, Sitiawan hingga Manjung Perak atau ingin mengetahui harga pasaran harta anda. Sila Hubungi  atau Whatsapp saya untuk rundingan percuma.

Boleh Juga Survay2 Rumah Di Laman Web Saya

#EjenHartanah #EjenHartanahPerak #EjenHartanahIpoh #Hartanah #perak #perakproperty #HartanahPerak #PropertyListing #PerundingHartanahIpoh

Perkongsian Pengalaman Sebagai Ejen Hartanah Perak

Perkongsian Pengalaman Sebagai Ejen Hartanah Perak

Alhamdulillah..
Selesai sudah perkongsian pengalaman dalam bidang Ejen Hartanah kepada Team Nilai Harta ipoh..

Semoga apa yg disampaikan dapat memberi manfaat untuk terus maju dalam bidang hartanah..

Sebaik2 manusia akan memberi manfaat kpd manusia yg lain..

Sejahat2 manusia akan menggunakan manfaat yg diberikan ke jalan yang salah..

#EjenHartanah #EjenHartanahPerak #EjenHartanahIpoh #Hartanah #perak #perakproperty #HartanahPerak #PropertyListing #PerundingHartanahIpoh

Juman (REN 20427)
Tel : 011-14687904

Saya adalah Ejen Hartanah Perak yang Berdaftar atas nama syarikat Oriental Real Estate Sdn Bhd. Syarikat saya ditubuhkan sejak tahun 1988, Sila hubungi saya jika anda ingin menjual kediaman di sekitar Ipoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Bota, Tronoh, Sitiawan hingga Manjung Perak atau ingin mengetahui harga pasaran harta anda. Sila Hubungi  atau Whatsapp saya untuk rundingan percuma.

Khamis, 6 Februari 2020

Teres Setingkat Di Lakeville Seri Iskandar Untuk Dijual

Teres Setingkat Di Lakeville Seri Iskandar Untuk Dijual

Lokasi berada di Lakeville bandar universiti Seri Iskandar. Berhampiran Tesco, masjid, kedai2 dan Sebagainya.

KELEBIHAN
(+) Rumah masih baru
(+) Lampu dan kipas tersedia
(+) Awning depan dan belakang tersedia
(+) Percuma 1 unit Aircond 1hp pd bilik utama

INFO
(+) Keluasan Tanah : 24 X 65 ft
(+) Bilik tidur : 4
(+) Bilik air : 2
(+) Leasehold
(+) Non Bumi lot

HARGA : 240K

Berminat boleh hubungi :
Juman (REN 20427)
Tel : 011-14687904

Saya merupakan ejen hartanah berdaftar atas nama syarikat Oriental Realty (sejak tahun 1988), syarikat kami mempunyai 27 cawangan di suluruh negara. Sila hubungi saya jika anda ingin menjual kediaman di sekitar Ipoh hingga Manjung Perak atau ingin mengetahui harga pasaran harta anda. Sila hubungi 011-14687904 atau email jumanshah@gmail.com

Boleh Juga Survay2 Rumah Di Laman Web Saya

➡ Website
http://ejenhartanahperak.blogspot.my
➡ Mudah
http://www.mudah.my/juman-ejen-hartanah-perak-oriental-realty
➡ Facebook
https://www.facebook.com/EjenHartanahPerak

Rabu, 5 Februari 2020

Kedai Setingkat Di Seri Iskandar Untuk Dijual

Kedai Setingkat Di Seri Iskandar Untuk Dijual

Lokasi amat sesuai untuk memulakan perniagaan serta ingin membuat perniagaan kecil-kecilan kerana berdekatan dengan pelbagai kemudahan.

KELEBIHAN
(+) Berhadapan hotel putra
(+) 5 minit ke Uitm
(+) Dikelilingi gerai makanan
(+) Mempunyai tandas
(+) Pintu roller shutter depan dan belakang kedai

INFO
(+) Keluasan 20x20 ft
(+) Leasehold - 2102
(+) Bumi Lot

HARGA : RM80 RIBU SAHAJA